Al-Fatihah buat sahabatku Arman Md Rusoff

>> Friday, December 11, 2009


Alfatihah buat Almarhum Ustaz Arman Md Rusoff yang telah kembali ke rahmatullah jumaat di ICU hospital Jordan akibat stroke. Al-marhum adalah MSD (Pegawai Atase Pendidikan) di Jordan dan merupakan salah seorang sahabat karib ana waktu di sekolah menengah dulu.Sebelum ke Jordan Al-marhum bertugas di KPM Putrajaya sebagai pegawai bahasa Arab j-QAF.layari blognya di : http://armanmdrusoff.blogspot.com

Read more...

Jom Senyum

>> Wednesday, December 9, 2009


Jom senyum sokmo.Banyak faedah yang kita boleh dapat dari kafiat senyum,dan terdapat banyak hadis mengenai RasulluLLAH senyum antaranya :
1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)
2. Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).
3. Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

Read more...

Golongan Hebat

>> Wednesday, December 2, 2009


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Read more...

Selamat Ulangtahun Bie..

>> Sunday, November 22, 2009


Gambar kenangan di depan Lost World Of Tambun pada 22 NOvember 2009



click to create your own


221109... Selamat Ultah B.. Umi, kakak, abang, hanin n new bebi..sangat sayangkan Abi. Semoga Allah Taala sentiasa merahmati Abi tersayang dan kita semua. Terima kasih atas semua kasih sayang abi selama ini, perjuangan dan pengorbanan dalam membentuk keluarga kita yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Kami sayangggg abi selamanyaaa!!!

FROM ABI :TERIMA KASIH UMI, KAKAK HANAN, ABANG HARRAZ, ADIK HANIN N NEW BABY DIATAS DOA SEMUA.SEBENARNYA AMAT BESAR MAKNA DI SEBALIK DOA DAN HARAPAN ITU.

Read more...

Alhabib Islamic Greeting Card

>> Tuesday, November 17, 2009

Read more...

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Seri Permai

>> Saturday, November 14, 2009

Umi, Kakak, Ustaz Habib dan ahli kumpulan nasyid SK Seri Permai

Anugerah Budi Pekerti tahun 4 untuk Kakak Suri Afrah Hanan

Penampilan Ustaz Habib bersama kumpulan nasyid

14 November 2009 detik bersejarah buat Kakak Suri Afrah Hanan dan Umi kerana telah diadakan hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar Sk Seri permai bertempat di Dewan Budaya USM.Tahniah buat kakak kerana telah dianugerahkan Anugerah Budi Pekerti bagi tahun 4 dan juga tahniah buat umi diatas multimedia presentation yang "mantop dan menggegarkan".Syabas buat ustaz Habib selaku guru pembimbing kumpulan nasyid sekolah...kakak suri merupakan solo kumpulan nasyid.Syabas dan tahniah juga kepada semua warga SK Seri Permai atas daya usaha semua. Abi pula hari ni diamanahkan untuk merakamkan detik bersejarah ini....

Read more...

BERSAMA USTAZ NIK AZIZAN TV9

>> Friday, November 13, 2009


Pada 10 hingga 12 Nov, Unit Operasi Dakwah JPN Pulau Pinang telah menganjurkan Seminar Nasyid dan KKQ peringkat negeri.So abi adalah salah seorang urusetia dalam program tersebut.Kami telah menjemput ustaz Nik Azizan dalam rancangan mari bertarannum tv9 sebagai salah seorang penceramah dalam seminar tersebut.Banyak pengalaman yang guru-guru KKQ telah dapati dari Ustaz Nik menerusi seminar ni. So syabas pada semua.Kepada Ustaz Nik Azizan "teghima kasih bbanyok, pahtu demo kena maghi pulak penang ni...."

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

nasyid.fm

01. 08. 09. 10. 11. 12. 13. 14. 32. 33.

waktu

i love Islam

upin ipin

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP