ABANG HARRAZ GRADUATION DAY

>> Wednesday, October 21, 2009

Abang Harraz n the geng

Anugerah disampaikan oleh Umi

Senyuman yang manis...walau tak dak GIGI

Sedang membuat persembahan

TAHNIAH !!! buat abang Harraz yang telah mendapat anugerah pada hari "Annual Graduation Day Tadika Mutiara Citra" 7 Nov 2009. Semoga dengan anugerah ini akan menaikkan lagi semangat untuk belajar..jangan lupa tahun 2010 merupakan gerbang persekolahan sebenar untuk Abang Harraz.



TERHANGAT !!!BUKU YANG SEHARUSNYA MENJADI KEWAJIPAN UNTUK DIMILIKI OLEH SETIAP RUMAH, PUSAT SUMBER, SEKOLAH DAN INDIVIDU! KANDUNGANNYA BERMULA DARI KITA DILAHIRKAN SAMPAILAH KITA WAFAT.

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Tempah sekarang dengan harga rm55 ditambah rm5 untuk kos penghantaran ketempat anda. Bayaran melalui maybank Suhaizi Ismail 157036536791. Sahkan bayaran dengan sms butiran bayaran dan alamat anda ke 012-5387574/013-4807299.Penghantaran melalui POS EKSPRES (satu hari sampai).Pembelian yang tidak merugikan, malahan menguntungkan kita dunia dan akhirat.

Read more...

Foto Kenangan

>> Tuesday, October 20, 2009

Gambar kenangan ini diambil pada 20-10-1996 sewaktu kami baru pulang dari acara orientasi/peuseujuk mahasiswa baru 1996/97 IAIN Ar-Raniry di Pantai Cemara Aceh.Tarikh yang bersejarah dalam hidup kami.Hari ini 20-10-2009 genap sudah 13 tahun foto ini.


Foto ini diambil ditepi sungai Lamyong Darussalam Aceh lebih kurang 11 tahun yang lepas.Sedang sibuk buat assigment. Waktu tu belum ramai lagi yang pakai laptop.Laptop ini ana beli dari seorang kawan. Processornya pun masih Intel 486 pakai windows 95.Tempat ini sudah tinggal kenangan dibawa arus tsunami 2004.


Ini pula foto terbaru yang diambil pada 18 Oktober 2009 di Sunway Hotel Georgetown sempena dengan sambutan Aidilfitri Persatuan Jurufoto Video Pulau Pinang (PJVPP). Tak sangka pulak kami dipilih menerima anugerah pasangan yang paling ideal pada malam ini.Kami pun tak tahu idealnya kat mana.Kalau nak dibandingkan dengan foto yang 13 tahun dulu dengan foto sekarang ini, jelas sekarang ini lebih montel dari dulu.Kebetulan umi sedang pregnant 7 bulan. InsyaAllah Januari tahun depan bertambahlah seorang lagi ahli Club kami.Abi pulak dok mengandung tak juga bersalin.Waktu tahun 1996 dulu waktu di Aceh berat badan baru 58kg, saiz seluar baru 28cm.Sekarang ni terkejut sakan.. berat dah naik sampai 94kg, saiz seluar 40cm beb...tapi takpa sekarang baru berjinak-jinak minum jus mate5 doktor rozmi yang keluar iklan tv3 tu.


Tiga orang cahayamata abi dan umi : Hanan, Hanin dan Harraz

Bersama Saiful Nang, seorang photographer professional yang dah gah namanya sampai ke peringkat antarabangsa.Baru berusia 29 tahun sudah bergelar "millionare photographer", pengasas kepada Candid Syndrom photography dan CEO kepada Colour of Asia Sdn Bhd.Taip saja" saiful nang" kat internet, berjela-jela keluar cerita tentang sosok tubuh millionare ini.Ketika dalam foto ini, beliau sedang memberikan semangat kepada kami supaya menanamkan minat yang mendalam tentang bidang fotografi kepada anak kami Muhammad Harraz, yang ketika itu juga sedang merakam gambar kami bertiga.Dia melihat potensi yang ada pada Harraz yang baru berusia 6 tahun dah macam orang mahir ambil gambar.InsyaAllah Abang Harraz akan menjadi seorang Photographer yang Islamik suatu hari nanti berkat peransang sang millionare Saiful Nang ini.

Abang Muhammad Harraz dan Kakak Suri Afrah Hanan


Ini pula antara wajah-wajah ahli PJVPP yang sempat merakamkan foto kenangan bersama Saiful Nang sebagai tetamu kehormat pada malam itu.Foto ini dirakam oleh kakak Suri Afrah Hanan, 10 tahun.

Read more...

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun!

>> Sunday, October 18, 2009

Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.

Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya Cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yang meninggal.

Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama.

Wallahu’alam.

Read more...

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT




Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Read more...

Diari Oktober 2009

Abi dan Umi dapat hadiah sewaktu majlis sambutan Aidilfitri PJVPP 2009 di Sunway Hotel Georgetown

Sewaktu berkunjung ke Botanical Garden 3 Oktober 2009


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

nasyid.fm

01. 08. 09. 10. 11. 12. 13. 14. 32. 33.

waktu

i love Islam

upin ipin

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP